Ahad lepas (17/5), di Buletin Utama (TV3)..
“Seorang bayi lelaki yang cukup sifat telah ditemui meninggal dunia dalam keadaan tertunggeng. Bayi yang masih bertali pusat itu telah dijumpai di dalam tong sampah hanya beralas surat khabar. Mengikut ahli forensic, bayi itu dilahirkan kira-kira 12jam sebelum ditemui di dalam tong sampah itu. Tempurung kepala bayi tersebut dipercayai retak dibahagian belakang…”
Ya Allah! Mase aku tengok berita ni, aku tengah dinner..Nasib baik aku tak nampak keadaan baby tu sebab aku tak pakai spek time tu..Aku berhenti makan terus. Tiba-tiba aku rasa sebak yang teramat (Yes! Since aku menjadi ibu ni, perasaan aku mudah tersentuh dek berita2 yang seperti ini)..Apa salah bayi tu? Mengapa dia diperlakukan begitu? Ditinggalkan di dalam tong sampah – pelbagai bahaya yang terdedah, tanpa seurat benang – kesejukan yang teramat, tertonggeng – mungkin dicampak tanpa berperikemanusiaan dan tempurung pecah – ah, sukar aku membayangkan puncanya…
Adakah manusia yang memperlakukan begitu? Atau ‘binatang’???
Duhai KAU BINATANG yang melahirkan…tidakkah Kau mempunyai hati seorang ibu? Tergamak memperlakukan sebegitu kepada bayimu? Mengapa sungguh kejam, wahai ibu..!
Duhai KAU BINATANG yang kejam (dituju untuk bapa bayi)..Bagaimana jika Kau yang diperlakukan begitu ketika baru dilahirkan dulu?? Tidak punya hatikah Kau, wahai bapa!
Marilah beramai-ramai kite berdoa agar mereka yang melakukan sebegitu kepada bayi itu, diberi balasan yang setimpal dengan perbuatannya. Kalau boleh, di dunia lagi mereka perlu ‘membayarnya’..Amin..
Kepada bayi yang tidak berdosa itu, dunia ini terlalu kejam untuk bayi suci dan naïf sepertimu. Semoga kau tenang di sisi Allah S.W.T yang maha pengasih lagi penyayang. Amin..
p/s: sampai sekarang aku duk teringat pasal baby tu..tiap kali aku kenang, tiap kali tu mate aku berair..
Wednesday, May 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment